Cik,
Terima kasih kerana bertanya saya tentang pelaburan unit trust fund Public Mutual. Saya akan cuba beri penerangan yang ringkas melalui e-mel pada waktu ini. Kita mulakan dengan mengenali unit trust fund(dana amanah saham);
Apa itu unit trust fund?
Ia merupakan suatu skim di mana pelabur-pelabur menyalurkan kewangan ke dalam suatu dana amanah yang mempunyai objektif kewangan yang disetujui di mana pengurus dana akan sentiasa berusaha untuk mencapai objektif tersebut bagi kebaikan semua. (contoh : suatu equity fund yang melibatkan diri dalam pasaran Bursa Malaysia untuk mencapai keuntungan melalui kenaikan harga unit)
Siapa yang mengurus unit trust fund ke pasaran?
Pengurus dana yang bertauliah dan berdaftar lesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti. Setiap pengurus dana mempunyai terma dan syarat yang berbeza dan juga melibatkan kos pengurusan berlainan.
Pengurus dana yang bertauliah dan berdaftar lesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti. Setiap pengurus dana mempunyai terma dan syarat yang berbeza dan juga melibatkan kos pengurusan berlainan.
(klik di sini untuk senarai pengurus dana yang sah terkini di Malaysia)
Siapa yang mengurus duit yang dimasukkan ke dalam unit trust fund?
Trustee (pemegang amanah) yang sedia ada berkhidmat untuk kebaikan pelabur. Duit pelaburan kita dipegang oleh trustee, kemudiannya dilaburkan ke pasaran melalui transaksi pengurus dana. Oleh kerana trustee melaburkan atas nama sendiri, duit pelabur akan selamat dan dijamin kembali sekiranya berlaku sebarang penyelewangan atau bankrupsi pengurus dana.
(antara trustee yang berkhidmat untuk Public Mutual ialah AmanahRaya dan MayBan Trustee)
Adakah wujud pelaburan tanpa risiko?
Pada pendapat saya, TIADA pelaburan yang wujud tanpa risiko. Dalam setiap jenis pelaburan, walaupun menyimpan duit di akaun simpanan bank juga mempunyai risiko tersendiri. Ini kerana negara kita mengalami inflasi rata-rata 4% setiap tahun. Akibat daripada inflasi, kita mengalami kerugian seperti kenaikan harga barang/servis keperluan asas harian (barang dapur, kos belajar, minyak kereta, etc.). Jikalau bank cuma beri pulangan simpanan setinggi 1% pun (juga 2% untuk fixed deposit), semestinya tidak dapat membanteras kehilangan nilai wang anda yang dipukul kuat oleh inflasi. "Nilai satu ringgit anda? 1970an - 4 cawan kopi, 1980an - 3 cawan kopi, 1990an - 2 cawan kopi, 2000 - 1 cawan kopi, 2010an - 1/2 cawan kopi?"
(klik di sini untuk contoh senarai interest pulangan akaun simpanan bank. juga klik di sini untuk contoh interest pulangan akaun 'fixed deposit' bank)
Apakah risiko melabur dalam unit trust fund?
Terdapat beberapa jenis risiko yang terlibat dalam pelaburan ini, yang utamanya ialah:
1) Risiko Pasaran : baca lebih lanjut di prospektus sini, Bab 2.3 Faktor Risiko
2) Risiko Sekuriti : baca lebih lanjut di prospektus sini, Bab 2.3 Faktor Risiko
3) Risiko Kecairan : baca lebih lanjut di prospektus sini, Bab 2.3 Faktor Risiko
Apakah manfaat melabur dalam unit trust fund?
Terdapat pelbagai manfaat yang dalam suatu pelaburan jangka panjang Antaranya ialah:
1) Kepelbagaian (diversification) : baca lebih lanjut di prospektus sini, Bab 2.2 Manfaat Melabur Dalam Amanah Saham
2) Pengurusan profesional : baca lebih lanjut di prospektus sini, Bab 2.2 Manfaat Melabur Dalam Amanah Saham
3) Kecairan (liquidity) : baca lebih lanjut di prospektus sini, Bab 2.2 Manfaat Melabur Dalam Amanah Saham
4) Urus niaga mudah : baca lebih lanjut di prospektus sini, Bab 2.2 Manfaat Melabur Dalam Amanah Saham
5) Keuntungan modal (capital gains) : baca lebih lanjut di prospektus sini, Bab 2.2 Manfaat Melabur Dalam Amanah Saham
Apakah hukum melabur dalam dana Public Mutual?
Islamic funds yang diurus oleh Public Mutual dimonitor oleh penasihat syariah yang dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti. Lebih lanjut, baca prospektus sini, Bab 11 Penasihat Syariah.
Adakah segala transaksi dan pelaburan dana ini boleh dilihat dan dikaji?
Sebagai seorang pelabur, anda mempunyai hak untuk penerangan dalam segala aspek yang belum/sedang/akan berlaku. Malah, sebelum anda mula melabur pun, seorang unit trust consultant bertauliah (seperti saya!) akan menerangkan dan membincangkan satu per satu aspek yang perlu anda tahu. Sebuah terbitan prospectus yang terkini akan dikemukan ketika perbincangan teliti dan anda boleh minta satu salinan untuk kajian sendiri atau bersama orang lain dahulu sebelum buat keputusan. Ketika pelaburan sudah berjalan juga, statement reports akan dihantar ke alamat surat-menyurat anda menunjukkan perkembangan pelaburan dana. Tambahan pula dengan terbitan Quarterly Fund Review yang merumuskan segala maklumat dan perkembangan setiap dana Public Mutual. Dengan kemudahan internet, juga boleh layani akaun peribadi Public Mutual Online untuk maklumat tersebut. Juga senang dihubungi customer service Public Mutual Online melalui telefon dan e-mel. Tidak ketinggalan juga, unit trust consultant anda yang sedia membantu dan menasihat anda dalam perjalanan ke financial freedom!
(untuk prospektus Public Mutual islamic funds dalam Bahasa Malaysia sini, Bahasa Inggeris sini. ia dalam bentuk PDF dan kandungan sama setiap muka surat dengan terbitan hardcopy)
Adakah terdapat banyak perbezaan antara pelaburan Public Mutual dengan yang lain?
Itu suatu soalan yang besar dan saya perlu tahu anda ingin membandingkan pelaburan Public Mutual dengan pelaburan apa. Saya syorkan kita bincang face-to-face untuk lebih lanjut dengan perkara tersebut kerana ingin mengelak daripada salah faham di kemudian hari.
Sebagai penutup ringkas .. Mengapa perlu mula melabur SEKARANG?
Kerana pelaburan sekarang adalah untuk kegunaan kemudian. Bukan pelaburan kemudian untuk kegunaan sekarang. Bunyi seperti senang dilakukan tapi sebenarnya ia bergantung pada tekad setiap pelabur tersendiri. Setiap pelabur ada matlamat pelaburan sendiri (rumahtangga, kereta, umrah haji, persaraan, etc.) dan saya faham ia perlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi untuk kekal sambil mengembangkan nilai pulangan pelaburan tersebut. Oleh itu, saya harap saya boleh diberi masa terluang untuk membantu akan kenalpasti apakah sebenarnya financial planning yang terbaik untuk anda sekarang dan kemudian.
Jika ada sebarang salah silap atau kekurangan maklumat, ia adalah tidak sengaja dan saya akan buat pembetulan secepat mungkin untuk kebaikan anda. Sebarang kemusykilan dan soalan yang lebih lanjut, sila kemukakan pada saya bila-bila masa tanpa lengah. Saya syorkan kita bertemu di tempat dan masa yang sesuai ikut kehendak anda supaya kita boleh berbincang secara optimum.
Sekian maklum. Insyaallah.
Yang sedia berkhidmat,
Mustaniz Mohd Yunos
HP#: 012-9136983
Unit Trust Consultant
Public Mutual Berhad